Rabu, 30 Julai 2008

Dompet tercicir di Raudah


Teringat pada pesan arwah ibu.....

"Dalam hidup mesti ada prinsip. Tanpa prinsip kita akan hilang arah.

Sesat haluan, hilang tujuan.

Apa yang diharapkan pada pentas lakunan ini .....

Kadang-kadang kita lupa pada yang Ada. Kita saja langgar perjanjian di 'sana'. Dari dia kita datang, kepada dia kita pulang.

Berguru-berilmu, berilmu-beramal, bekerja-berbakti, berbahasa-berbudi dan BERTAWAKKAL...

Bukankah Allah yang memberi rezeki dan Dia jualah yang berhak lagi berkuasa untuk membalikkan hati .... Subhanallah."

Tahun 2000, saya telah mengerjakan umrah. Suatu hari semasa di Raudah, dompet saya telah tercicir dari poket seluar. Didalamnya ada RM800.00, kad pengenalan dan lesen kereta. Saya terlalu hampa dan kecewa.

Semasa mengerjakan solat zohor di Masjid Nabawi, saya telah berdoa, jika duit yang ada dalam dompet itu halal, ketemukanlah ia semula.

Saya balik kehotel dan memberitahu ketua jemaah rombongan, dan mereka pun berbincang dengan setiap ketua hotel yang ada di Madinah. Keesokan harinya, sebelum solat zohor saya diberitahu yang dompet saya telah ditemui. Yang menemuinya ialah seorang jemaah dari Iran yang menginap berjauhan dari hotel saya. Saya telah memberi saguhati kepadanya sebagai ucapan terimakasih.

Saya tak putus-putus memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi. Bila direnungkan, terfikir oleh saya betapa agungnya Masjid Nabawi dan Agama Islam. Walaupun jemaahnya ramai yang terdiri dari berbilang bangsa dan keturunan namun semuanya bersatu hati dan sentiasa mengingati akan kekuasaan Allah Yang Esa.

Semoga bertemu di lain waktu .......

INSYA-ALLAH .....

AMIN...